<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8884797000088185499?origin\x3dhttp://mysweetchapter.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
profile entries chatbox others
Thursday, September 9, 2010 ♥

Takbir bergema, jelang bulan syawal. Ramadhan pergi, entah dapat aku temui lagi. Sebak dada mengenang kembali, insan yang menyahut seruan Illahi. Entah bila pula masa aku nanti. Yang aku ketahui, aku insan daif, yang masih banyak khilaf dosa. Arwah kekanda, adinda dan juga nenda, yang pergi menyahut seruan, kini meninggalkan kesan padaku sekeluarga. Bergenang tangisanku, mengimbas kembali saat suka duka kita lalui bersama. Namun, aku pasrah, kerana ini adalah tulisan sejak kita dirahim ibu.

Ibu, ayah,
sejak tapak kakiku sebesar tapak tanganmu, naungan kasihku di bawah jagaanmu. Biarpun aku tahu, kau tidak membaca coretan hati ini, namun aku ketahui, kau dapat merasakan isi hatiku. Aku sedari, aku hanya anak yang tak punya apa. Yang pegang teguh penuh pada harapanmu. Tapi, tak aku pasti samaada aku dapat mengecapi setiap impian dan harapanmu. Aku ketahui, lebih sedekad usiaku, bertahun lamanya aku bernafas, nadiku berdegup, banyak khilaf dan dosaku padamu, bonda dan ayahanda. Biarpun seribu kali aku pohon maaf, aku tetap melakukan pekara yang serupa. Namun aku tahu, hatimu suci bak salju, yang akan memaafkan silap anakandamu dan membelai jiwa kami bagaikan menatang minyak yang penuh. Biarpun pernah aku tangis sendu, namun aku redha, kerana itulah asam garam dalam kehidupan.

Sekali lagi aku pohon seribu kemaafan. Zahir dan batin. Halalkan makan minum ku selama ini. Hati dan kasihku, ikhlas buatmu, bonda, ayahanda. =')

Adinda-adindaku,
Maafkan akak jikalau akak pernah gagal menjadi ketua yang baik dan sempurna. Akak tahu kelemahan dalam diri akak. Sesungguhnya akak inginkan yang terbaik buat adik-adik akak. Bak pepatah, biar aku makan sisamu, asalkan kau kenyang berisi. Akak sayang semua adik adik akak. Tiada yang lebih mahupun kurang..

Kekasihku
Biarpun hubungan ini tidak lama bermula, aku tahu, banyak silapku padamu semasa penantian kau buat diriku. kasih, jangan kau biarkan aku terpinga-pinga mencari erti rindu. kerana di kala ini, hatiku masih terluka dengan kisah lama. Beri aku nafas baru, untukku terus hidup bersamamu..

Buat teman dan sahabat handaiku
Maafkan aku sekiranya kekataku pernah mengguris hatimu. Maklumlah, mulut aku belum ade lesen. Tak cukup umur. Nanti dah officially legal, aru ader lesen. HEHE. sayaaaang korang korang. =)

@ 11:30 AM